Petronas Gift Card = RM65
1. Sila login ke member area.
2. Sila klik Deam Mall ikon di kiri atas halaman utama.
3. Setelah masuk ke halaman Dream Mall, pilih Gift Kad dan klik ADD TO CART.
4. Sistem akan automatik link ke halaman Rwallet.
5. Masukkan Member ID dan Pin anda. Klik Preview.
6. Sistem akan papar kos yang kamu perlu bayar.
7. Klik Confirm untuk membeli Gift Kad.
** Setiap pembelian di Dream Mall hanya boleh mengguna Rwallet sahaja.
p/s : kepada ahli yang sudah mendaftar awal, hanya 15 r wallet sahaja akan ditolak.
=================
SVR telah mengambil berbagai inisiatif untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua ahli.Terbaru,pemasangan VTs mesin telah dilakukan di area selatan(Negeri Johor)
Bukan setakat Giant/Kamdar sahaja,malah SVR telah memasang VTS mesin di Red Modani(Kedai Kasut),Kedai Gambar,Restoran dan Tempat cuci Kereta.Kebanyakkan merchant yang menyertai mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.Di sekitar negeri Johor,Red Modani telah boleh swep terus dikaunter dan ia menawarkan rebet yang agak tinggi antara 5% keatas.
Pemasangan telah dilakukan oleh team svr yang dibahagikan kepada beberapa team(Utara,Selatan,Tengah,Pantai Timur)
Marilah kita nantikan pemasangan VTS mesin di seluruh negara.SVR sentiasa prihatin dengan kehendak ahlinya.
Mengenai dengan Gift Kad yang sentiasa jadi tanda-tanya,insyaallah ianya masih diperingkat perbincangan dan ianya memerlukan masa kerana ianya melibatkan syarikat gergasi walaupun jika dibandingkan dengan rebet di merchant lain,rebet dari Gift Kad tidak lah terlalu banyak(sekitar 1% sahaja).Walaupun begitu kita berharap ianya dapat diselesaikan dengan segera kerana walaupun rebet tidak berapa banyak,kita menggunakan petrol setiap hari.
Disamping itu kita masih menunggu kerja2 pemasangan VTS di Semua Giant dan Kamdar di seluruh negara siap sepenuhnya.
Kepada ahli yang menanti dan ingin cuba menggunakan Gold Kad,sila lah lihat banner yang dipasang dimana-mana merchant di tempat anda.Jika ada banner tersebut,bermakna Kad Gold boleh digunakan.Dan untuk lebih kepastian,sila tanya dahulu dikaunter merchant tersebut.
Untuk maklumat terkini,sila lah selalu ke Blog ini dan saya akan updatekan apa2 perkembangan terkini tentang SVR kepada anda yang dihormati.
====================
Kepada semua ahli SVR yang sabar menunggu kemunculan Kad Gift,diucapkan syabas!! Insyaallah,kesabaran yang kita tunjukkan ini akhirnya akan mendapat ganjaran yang diharapkan.Dari maklumat yang diterima,perbincangan antara SVR dengan Petronas masih lagi berjalan.Cakap-cakap yang mengatakan Petronas telah menghentikan perbincangan dengan SVR adalah tidak benar samasekali.Di harapkan perbincangan itu akan menggembirakan semua ahli SVR.
Tentang masalah dengan merchant lain(Giant/Kamdar),pemasangan VTS mesin sebenarnya telah banyak dilakukan di Cawangan Giant seluruh Malaysia.Insyaallah,sedikit masa lagi perkara ini akan dapat diselesaikan.Dan perlu di ingatkan,semasa berurusan di Giant buat masa ini,kita perlu tebus dulu voucher dikaunter yang ada mesin VTS SVR,kemudian baru masuk untuk shopping.Semasa membuat pembayaran,serahkan semula voucher tersebut.(Jika anda tebus voucher bernilai RM50, tetapi anda bershopping RM100,lebihan dari jumlah voucher boleh dibayar dengan cash).
Untuk akan datang,kad gold sudah boleh swipe terus semasa membuat bayaran.Tetapi perlu diingatkan,Kad Gold tersebut mestilah mempunyai nilai yang mencukupi.(Contohnya dalam Gold Kad ada RM200,kita hanya boleh swipe RM200 sahaja)Jika lebih dari jumlah tersebut kita berbelanja,boleh bayar cash bakinya.
Bagaimana cara nak topup Kad Gold? Boleh rujuk pada artikel TOPUP PROCEDURE,atau rujuk dilaman web SVR.
Sebarang perkembangan terkini akan di update kemudian......
========================
GIFT CARDS
Pihak svr sudah mula mengirim semua gIFT CARD membuat penebusan melalui Dream Mall berdasarkan alamat yang terdaoat di dalam profil ahli. Untuk mengelak sebarang kesulitan, semua ahli diminta mengemaskini alamat masing-masing di dalam profil. Seandainya Gift card yang dikirim tidak sampai di tangan anda, gift cards akan dikembalikan semula ke ibu pejabat SVR dan SVR akan menghubungi anda semula bagi mendapatkan alamat yang tepat. Jika pengiriman yang kedua juga gagal disampaikan kepada anda, maka SVR akan mengenakan bayaran RN30 untuk tujuan pengiriman buat kali yang seterusnya. Hal ini terjadi kerana ramai ahli tidak memberikan alamat yang tepat di dalam profil masing-masing.
TOP UP GIFT CARDS
Ahli SVR boleh membuat top up di semua stesen Servis, dan pastikan anda menyimpan resit top up yang telah anda buat.Jika anda mengalami masalah untuk membuat topup di mana-mana stesen servis, sila maklumkan terus ke Ibu Pejabat SVR agar tindakan susulan dapat diambil bagi mengatasi masalah ini dengan segera.
======
HARGA PETRONAS GIFT CARD(pgc)
Ramai ahli SVR yang tertunggu-tunggu kemunculan Gift Cards akhirnya dapat menarik nafas lega setelah menunggu hampir 4 bulan. Jadi bagi ahli SVR yang ingin membeli Petronas Gift card, anda boleh melayari laman web rasmi SVR dan membuat tempahan PGC anda menerusi Dream Mall SVR.
Harga PGC ialah RN65, dan di dalamnya terdapat RM50 kredit bagi membolehkan anda membuat penebusan di mana-mana stesen servis Petronas, RM5 akan dimasukkan ke dalam sistem di mana anda dapat berkongsi dengan ahli SVR di dalam kumpulan anda, dan RM10 lagi untuk kos pengurusan dan penghantaran,
Untuk makluman semua ahli, lelaui sistem SVR potongan 10% dari pendapatan (income) anda atau maksimum RM200 sebulan akan dikreditkan terus ke dalam PGC anda. Selain itu, anda juga boleh membuat topup tambahan di semua Stesen Servis Petronas. Tida ada had atau limit dikenakan untuk pra-bayar(top-up) tersebut,malah anda akan dapat menikmati rebet ketika membuat pra-bayar(top-up) tersebut.
===============
HARGA BARU PAKEJ SVR
Mulai 16 Disember 2009, harga pakej SVR adalah Rm188 (Malaysia Barat) dan RM198 (Malaysia Timur).
===========================
KEGUNAAN KAD SVR
Semua ahli SVR diingatkan supaya membuat penebusan dengan menggunakan Kad SVR anda sendiri(bukan bagi pihak orang lain) di mana-mana Pusat Penebusan SVR. Semasa membuat penebusan tersebut, anda mesti memasukkan (key-in) kata laluan(password) di terminal(mesin) dan seterusnya menandatangani slip yang dikeluarkan. Dan pastikan tandatangan anda sama seperti yang terdapat di Gold Card anda.
Langkah ini bukanlah bertujuan unntuk menyusahkan ahli sebalinya bagi tujuan keselamatan bagi mengelakkan pihak penyelewangan kegunaan kad orang lain bagi tujuan tertentu.