Selamat datang Ke Blog Rasmi Team SVR4U.BIZ

Thursday, October 1, 2009

TELEFON DAN SMS BERTALU-TALU


Tak sampai seminggu selepas hari raya, GM Rosnama dan Cikgu Awang banyak menerima panggilan telefon dan sms yang bertanyakan pasal SVR. Sehingga berita ini ditulis, Cikgu Awang tak putus-putus menerima panggilan telefon semenjak iklan yang disiarkan dalam Berita Harian Online disiarkan. Ramai yang ingin menjadi downline Cikgu Awang, ramai yang ingin menjemput Cikgu Awang sendiri memberi ceramah pasal SVR di tempat masing-masing. Syabas Cikgu Awang. Memang Cikgu Awang amat komited dalam memberikan kerjasama,bimbingan dan tunjukajar kepada semua orang-orang yang mendaftar di bawah rangkaiannya.

Pada 2 Oktober Cikgu Awang akan ke Kuantan dan Temerloh untuk memenuhi jemputan ceramah dan memberi khidmat kepada prospek dan downline. Pada 3 Oktober, Cikgu Awang bergegas pula ke Kuala Terengganu untuk membantu downline yang inginkan beliau sendiri memberikan ceramah.

Kerja keras Cikgu Awang wajar dipuji kerana beliau tidak pernah kenal erti penat dan putus asa. Semangatnya sentiasa tinggi melangit. Hubungi dan telefonlah Cikgu Awang untuk mendapatkan sentuhan dan auranya yang sangat berkuasa!

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

SVR2U © 2008 Business Ads Ready is Designed by Ipiet Supported by Tadpole's Notez